Sejarah Kalumpang
άટટάℓάʍʍΰάℓάΐкΰʍ
Hari ni dgn kerajinan aku yang terlebih-lebih ni.. aku nak
cter ckt pasal sejarah tempat aku.. ramai yang tak tahu ape tu
Kalumpang? And ade yg tak pernah dgr pun
nama tempat ni.. so, hari ni aku nak share lah ckit pasal Kalumpang~ selamat
membaca..
Pokok Kalumpang
Kampung Kalumpang mula diterokai sekitar tahun 1883. Pada
tahun awal penerokaan kampung, penduduk sekadar membina pondok-pondok di
kawasan kampung. Nama Kalumpang sebenarnya diambil bersempena nama sebuah pokok
besar yang terdapat berhampiran dengan sebuah rumah pasung.
Rumah pasung ini didirikan oleh kerajaan pada masa itu
disebabkan jumlah penduduk yang semakin bertambah. Rumah pasung dibina
bertujuan untuk mengawal kejadian-kejadian yang tidak diingini daripada
berlaku.
Selepas rumah pasung ini didirikan, ramai penduduk mula
menetap dan mendirikan rumah atap di sekitarnya. Kemudian, sebuah masjid,
sekolah Melayu dan balai penghulu telah dibina untuk melengkapkan keperluan
asas penduduk Kampung Kalumpang ketika itu.
Rumah batu berderet pula mula dibina oleh
pengusaha-pengusaha perniagaan berbangsa Cina. Lombong bijih timah juga dibuka
dan beroperasi secara "Lombong Pam". Jalan besar dibina untuk
membantu memudahkan perjalanan kereta lembu dan kereta kuda pada ketika itu.
Pada tahun 1920-an, barulah jalan tanah merah dibina untuk laluan kereta.
Berbalik kepada sejarah kampung pada mula ia diteroka,
pengasas utama kampung ini ialah Panglima Kanan. Beliau telah mendirikan
rumahnya di kawasan Pasar Lama Kalumpang yang masih wujud sehingga kini. Nama
sebenar Panglima Kanan ialah Haji Salam Bin Datuk Berkanun. Beliau telah
dianugerahkan gelaran Panglima Kanan sewaktu peperangan yang berlaku di antara
Selangor dan Pahang yang dikenali sebagai Perang Kelang atau Perang Saudara
Selangor.
Panglima Kanan Haji Salam ialah orang yang berperanan
membawa orang Cina dari Sekinchan ke sini untuk melombong bijih timah. Rumah
beliau telah dijadikan rumah pasung pada ketika itu kerana ketiadaan balai
polis. Menariknya, beliau bersama-sama dengan Pendekar Ulong Kalumpang dan
Katib Yunus yang menyumbang keringat dan tenaga dalam misi membantu Mat Kilau
menentang penjajahan Inggeris.
Setelah Panglima Kanan meninggal dunia, Penghulu Abdul
Ghafar menggantikan beliau sebagai ketua penduduk. Berasal daripada Batu Laut,
Kuala Langat Selangor, beliau merupakan penghulu pertama yang dilantik untuk
Kampung Kalumpang. Bermula daripada beliau, tapuk pimpinan Kampung Kalumpang
telah bertukar dan tidak lagi berasal daripada keturunan Kalumpang.
Comments
Post a Comment