Walimatul Urus!
άટટάℓάʍʍΰάℓάΐкΰʍ
Haa.. hari ni nak cter pasal walimatul urus! Ahah! Actually baru
lepas balik dr kenduri je td.. tbe2 dpt idea nak buat entri pasal walimatul
urus..
hurmm~ ape itu walimatul urus?? walimatul urus adalah
kenduri atau jamun yang diadakan untuk meraikan perkahwinan dan Hukumnya adalah
sunat.
Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Nabi SAW melihat kesan
sejenis bauan daripada Abdul Rahman bin Auf. Maka Baginda bertanya: Apakah ini?
Jawab Abdul Rahman: Wahai Rasulullah, aku telah berkahwin dengan seorang
permpuan maharnya dengan seberat sebiji tamar(kurma).
Sabda Baginda: semoga Allah Memberkati engkau.Berkendurilah
walau pun dengan menyembelih seekor kambing,.
okay. got it? haa.. sebenarnya point utama yang aku nak
cerita kan adalah adab bagi mengadakan walimatul urus .! tadi time pegi kenduri
wahwahwah~ terlalu grand ! ish3.. siap pasang 10 khemah+ade tempat tuk
berkaraoke+vip place+tempat makan+pelamin~ hurmm.. tak ke membazir cmtu?
haa.. kat sini aku nak share ckit adab bagi mengadakan
walimatul urus:
a)secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan sehingga
terpaksa berhutang.
b)tidak menunjuk-nunjuk dan riak
c)menjauhkan unsur-unsur khurafat seperti menepung tawar
untuk tolak bala
d)menjauhkan unsur-unsur maksiat seperti percampuran lelaki
dan perempuan, minuman keras
e)jemputan menyeluruh tanpa mngira kaya dan miskin
[bermain kompang,gendang,pertunjukkan silat,nasyid,dan
ucapan selamat kepada pengantin adalah diharuskan]
Tapi, kan kadang2 ade orang cakap, alaa… kahwin sekali
seumur hidup apa salahnya nak grand2 ckit.. sekali seumur hidup pun kalau
kesannya melarat seumur hidup.. buat apa?
Takut bole jd riak sbb menunjuk-nunjuk lepas tu membazir,
silap-silap bole jatuh ‘tabarruj’ sbb berhias utk org yang bukan mahramnya..da
ade unsur maksiat dalam majlis tuu.. kita buat sederhana tu sudaa memadai
sebenarnya asalkan niat untuk sampai kan
berita(perkahwinan) tu tercapai..
Sabda Nabi SAW: Maksudnya, "Sesungguhnya sebaik-baik nikah dari sudut berkatnya nikah yang paling ringan belanjanya."(riwayat Ahmad, no.24529)
Haa.. got it? Okay. Sekian. Next time kita sambung lagi.. J
Comments
Post a Comment